2 pelanggan bertuah KIA ke Korea

2 pelanggan bertuah KIA ke Korea

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Dua orang pelanggan bertuah KIA, semalam, memenangi pakej percutian selama lima hari ke Korea sebagai hadiah utama dalam cabutan bertuah Program Kesetiaan Pelanggan KIA 2016.

Majlis cabutan yang berlangsung Pusat Perkhidmatan KIA, Lambak Kanan, menyaksikan Pengurus Besar Lub Enterprise Brunei, Hendry Ang menyampaikan hadiah kepada dua pelanggan bertuah tersebut iaitu Awang Mohd Azrin bin Haji A.Magon dan Hajah Kamsini binti Haji Mohd Hussin.

Semasa ditemui, Awang Mohd Azrin berkata beliau sangat bertuah kerana ini merupakan kali pertama beliau menyertai cabutan bertuah.

Petugas dari Kementerian Kewangan itu juga menambah bahawa KIA harus mengadakan lebih banyak (acara) seperti ini kerana ia boleh menarik minat pelanggan. Manakala itu, Hajah Kamsini turut berkongsi kegembiraan beliau dengan menyampaikan penghargaan kepada Syarikat Grand Motors Sdn Bhd di atas hadiah istimewa ini.

Awang Mohd Azrin dan Hajah Kamsini menerima tiket mok daripada Hendry Ang.
Awang Mohd Azrin dan Hajah Kamsini menerima tiket mok daripada Hendry Ang.

“Peluang untuk memenangi hadiah memang jarang sekali untuk diperolehi, dan dengan membeli kereta KIA Sportage dua tahun lepas, Alhamdulillah saya memenangi tiket melancong ke Korea.

“Bukan sahaja menerima tiket ke Korea, bahkan tempat penginapan dan mengikuti pengalaman lokasi pelancongan di Korea seperti Korean Folk Village, Royal Palace dan Insadong,” tambahnya.

Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat ke Kilang Hwaseong dan Kilang Besi Hyundai.

Program Pelanggan Setia KIA 2016, yang berlangsung dari 1 Jun hingga 20 Julai lalu, itu diperkenalkan oleh Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia KIA.

ARTIKEL YANG SAMA