2 pelanggan bertuah TBK terima hadiah

2 pelanggan bertuah TBK terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Dua pelanggan bertuah Takaful Brunei Keluarga (TBK), hari ini, telah menerima ganjaran menarik mereka setelah terpilih sebagai pemenang dalam Cabutan Bertuah TBK Suku Tahunan ke-4 2015.

Kedua-dua pelanggan bertuah berkenaan ialah Dayang Nurhazwani Aqilah binti Rustam Affendie dan Awang Amirul bin Abdullah, masing-masing menyertai Takaful Simpanan Nur dan Takaful Pendidikan, membawa pulang baucar bernilai $1,000 setiap seorang.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Pengurus Besar TBK, Haji Maszaiwardy bin Haji Masri pada majlis yang berlangsung di ibu pejabatnya di Kiulap.

Menurut kenyataan yang diterima di sini, inisiatif itu adalah satu cara untuk menunjukkan penghargaan kepada para pelanggan mereka kerana meletakkan kepercayaan kepada TBK dalam melindungi masa depan kewangan mereka dengan menyertai satu atau lebih produk yang ditawarkan TBK.

Dua pelanggan bertuah TBK bergambar ramai bersama Haji Maszaiwardy.
Dua pelanggan bertuah TBK bergambar ramai bersama Haji Maszaiwardy.

ARTIKEL YANG SAMA