2 pelanggan TBK menang cabutan bertuah

2 pelanggan TBK menang cabutan bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Takaful Brunei Keluarga (TBK), hari ini, telah memberi ganjaran menarik kepada dua lagi pelanggannya setelah dipilih sebagai pemenang dalam Cabutan Bertuah TBK Suku Tahunan ke-3.

Kedua-dua pelanggan bertuah berkenaan, Hajah Izzah Amalina binti Haji Momin dan Wong Chui Fun, masing-masing menyertai Takaful Retirement and Takaful As-Syifa, membawa pulang TV LED Pintar SONY BRAVIA 40 inci setiap seorang.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar TBK, Hajah Mahana binti Haji Ajak pada majlis yang berlangsung di Kaunter TBK, di Jabatan Buruh.

Pemenang-pemenang Cabutan Bertuah TBK Tahunan ke-3.
Pemenang-pemenang Cabutan Bertuah TBK Tahunan ke-3.

Menurut satu kenyataan di sini, cabutan bertuah ini dibukakan kepada semua peserta baru produk-produk Takaful Perlindungan dan Simpanan TBK atau peserta baru/membaharui produk-produk Takaful Perlindungan Tahunan TBK.

Cabutan bertuah ini akan diteruskan bagi suku tahunan ke-4 2015 sebagai salah satu caranya memberi penghargaan kepada para pelanggan mereka kerana mempercayai TBK dalam melindungi masa depan kewangan mereka dengan menyertai satu atau lebih produk yang ditawarkan TBK.

Bagi maklumat lanjut mengenai produk-produk TBK, orang ramai boleh berkunjung ke Ibu Pejabat TBK di Unit 1 dan 2, Kompleks Setia Kenangan, Kampung Kiulap atau mana-mana cawangannya, atau pun dengan menghubungi pusat panggilannya di talian 2231100 dan melayari laman sesawang www.takafulbrunei.com.bn serta mengikuti akaun Facebook dan Instagram TakafulBrunei.

ARTIKEL YANG SAMA