2 pembantu rumah tidak bersalah

2 pembantu rumah tidak bersalah

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 12 Okt – Akhbar milik kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melaporkan dua pembantu rumah dari Sri Lanka didapati tidak bersalah atas tuduhan mencuri dalam satu kes yang melibatkan istana Dubai milik anggota keluarga pemerintah kota tersebut.

Akhbar Abu Dhabi, National berkata keputusan itu dihadapkan semasa perbicaraan mahkamah kelmarin yang melibatkan kecurian barangan kemas dan telefon pintar dari istana itu pada Mac.

Akhbar tersebut tidak memberitahu siapa defendan mahupun anggota keluarga pemerintah berkenaan. Dubai, rumah kepada bangunan tertinggi di dunia, diperintah oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. – AP