2 pembunuhan upahan di S’wak mati ditembak

2 pembunuhan upahan di S’wak mati ditembak

KUALA LUMPUR, 21 (Bernama) – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak berjaya menembak mati dua pembunuh upahan dalam insiden berbalas tembakan di Sibu, Sarawak, kelmarin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata susulan insiden tembakan itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh dan cubaan bunuh di negeri itu.

“Syabas JSJ Sarawak @PDR Malaysia tadi, dalam insiden berbalas tembak di Sibu, tumpaskan dua pembunuh upahan, selesaikan tujuh kes bunuh atau cuba bunuh. #GoPDRMGo,” kata Khalid dalam laman Twitter rasminya kelmarin.