2 pemenang bertuah terbang ke Seoul

2 pemenang bertuah terbang ke Seoul

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Dua pelanggan bertuah Kia telah terpilih untuk memenangi tiket percutian ke Seoul, Republik Korea selama lima hari dalam cabutan utama kempen Program Kesetiaan Pelanggan Kia yang berlangsung di Pusat Servis Kia, Lambak Kanan, hari ini.

Kedua-dua pelanggan bertuah itu ialah Haji Maaruf bin Haji Mohd Salleh dan Ang Eng Kee, yang terpilih untuk memenangi hadiah utama daripada 20 pelanggan yang menyertai sesi cabutan bertuah berkenaan.

Seramai 18 pelanggan lain tidak pulang dengan tangan kosong apabila mereka turut diberikan hadiah sagu hati sumbangan Kia Brunei.

Antara pelanggan yang terpilih dalam sesi cabutan bertuah hadiah utama.
Antara pelanggan yang terpilih dalam sesi cabutan bertuah hadiah utama.
Dua pelanggan bertuah yang memenangi tiket percutian ke Seoul.
Dua pelanggan bertuah yang memenangi tiket percutian ke Seoul.

Hadir membuat cabutan sesi akhir berkenaan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Autotools, Krit Smuthkochorn dan Pengarah Urusan Lub Enterprise selaku Pengedar Total, Hendry Ang.

Menurut kenyataan Kia Brunei, pelanggan yang menyertai cabutan berkenaan terdiri daripada mereka yang menyelenggarakan kenderaan Kia mereka di Pusat Servis Kia.

Kempen yang berlangsung dari 1 hingga 15 Ogos lalu itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

ARTIKEL YANG SAMA