2 pendaki maut, runtuhan salji di Alps

2 pendaki maut, runtuhan salji di Alps

GRENOBLE, Perancis, 4 Jan (AFP) – Dua pendaki gunung Lithuania maut dalam runtuhan salji di Banjaran Alps Perancis, menurut polis.

Menurut polis, mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita adalah pendaki berpengalaman.

Mangsa ketiga yang turut terperangkap dalam runtuhan itu terselamat tanpa kecederaan.

Anggota penyelamat berkata, runtuhan salji itu berlaku pada ketinggian kira-kira 3,200 meter di Argentiere.

Banjaran Alps Perancis.
Banjaran Alps Perancis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve mengeluarkan kenyataan meminta ‘semua orang berhati-hati kerana kemungkinan berlaku runtuhan salji adalah tinggi…selepas ini.’

Kejadian berkenaan adalah yang pertama di Banjaran Alps pada musim sejuk ini.