2 pengedar dadah antara 44 PATI ditahan

2 pengedar dadah antara 44 PATI ditahan

SANDAKAN, 6 April – Dua pengedar dan dua penagih dadah adalah antara 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Op Sarang oleh polis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata pengedar yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita, sementara dua lelaki penagih telah ditahan untuk disoal siasat.

“Operasi bermula pukul 3 pagi hingga 7 pagi itu menumpukan kawasan setinggan Kampung Batu 3 Sentosa Jaya dekat sini dan membabitkan 100 anggota polis dan agensi penguat kuasa yang lain.

“Kesemua PATI yang ditahan itu berumur antara 20 dan 50 tahun,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata Op Sarang merupakan operasi yang menumpukan tempat yang telah dikenal pasti dan disyaki sarang pengedaran atau penagihan dadah. – Bernama