2 Perancis, 1 Ukraine terbunuh runtuhan salji

2 Perancis, 1 Ukraine terbunuh runtuhan salji

LES DEUX ALPES, Perancis, 14 Jan (AFP) – Dua remaja Perancis dan seorang lelaki Ukraine maut apabila runtuhan salji menimpa pemain ski di Banjaran Alps, Perancis termasuk sekumpulan pelajar yang sedang bercuti, kata pegawai tempatan.

Sumber polis berkata, runtuhan salji itu terkena laluan ski di pusat peranginan Deux Alpes timur Perancis yang sudah ditutup kepada orang awam sepanjang musim, menimpa kumpulan pelajar berkenaan dan guru mereka dari bandar Lyon.

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terbunuh dalam kejadian itu manakala seorang remaja lelaki mati di hospital.

Lelaki Ukraine pula yang terbunuh pula tidak berada dalam kumpulan pelajar berkenaan. Kedua-dua remaja bermain ski itu adalah sebahagian daripada 19 orang dalam kumpulan pelajar terbabit.

Guru mereka mengalami kecederaan teruk dan dibawa ke hospital berdekatan Grenoble.

Kementerian Pendidikan Perancis berkata, kesemua pelajar lain dikatakan selamat. “Perbicaraan kehakiman akan menentukan sama ada guru yang cedera itu membawa (kumpulan) itu ke laluan yang sudah ditutup.

Bagaimana anda fikir untuk bawa kanak-kanak ketika keadaan salji tebal dan dibawa ke laluan yang sudah ditutup?” Berpuluh pekerja kecemasan berada di tempat kejadian iaitu lokasi paling sukar di Perancis manakala anjing pengesan digunakan untuk mencari mangsa lain.

Tiga helikopter berada di atas resort itu, salah seorang daripada mereka dilengkapi dengan kamera haba untuk mencuba dan mengesan mereka yang terselamat di bawah salji berikutan peristiwa tengah hari di 2,500 meter (7,000 kaki) ketinggian.