2 pesakit kes Ebola keluar hospital

2 pesakit kes Ebola keluar hospital

MONROVIA, 4 Dis (AFP) – Dua pesakit terakhir Liberia yang dipercayai mengidap Ebola telah dikeluarkan dari hospital hari ini dan negara itu mula menghitung hari untuk diumumkan bebas virus berkenaan buat kali ketiganya, menurut pihak berkuasa.

Para pesakit yang dibenarkan keluar dari unit rawatan (ETU) di bandar Monrovia itu kelmarin, adalah ayah dan adik kepada remaja lelaki berusia 15 tahun yang meninggal dunia pada 23 November.

“Sepanjang yang kami ketahui, tidak ada lagi kes di ETU di keseluruhan republik Liberia,” Tolbert Nyensuah, ketua tindak balas Ebola negara memberitahu radio kerajaan.

“Kami juga tahu yang tidak ada penjangkitan baru sehingga hari ini, berdasarkan siasatan epidemiologi kami.”

Nyensuah mengatakan 165 keluarga dekat pesakit 34 daripada berisiko tinggi – sudah menjalani minggu ketiga tempoh pemerhatian selama 21 hari, dengan tiada daripada mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan itu.

Liberia merupakan negara terakhir yang terjejas oleh jangkitan virus dua tahun Afrika barat, dengan Sierra Leone diumumkan bebas jangkitan pada November dan kes terakhir Guinea berpulih dua minggu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA