2 pesawat terkepit sayap

2 pesawat terkepit sayap

NEWARK, N.J., 12 Okt – Dua pesawat udara telah terkepit sayapnya semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Liberty Newark, New Jersey.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang New York dan New Jersey berkata tidak ada yang cedera dalam insiden malam semalam, namun kedua-dua pesawat mengalami kerosakan kecil.

Seorang jurucakap bagi United Airlines yang berpangkalan di Chicago berkata sebuah pesawat yang tiba dari Beijing telah mendarat dengan selamat dari lapangan terbang dan sedang berhenti apabila pesawat Lufthansa yang kosong bertembung dengannya.

Jurucakap berkata pesawat itu telah ditunda ke pintu laluan dan bahagian penyelenggaraan sedang memeriksanya. Seramai 150 penumpang dan 15 anggota kru berada di kapal tersebut pada ketika itu.

Insiden itu masih lagi disiasat. Para pegawai lapangan terbang mengatakan ia tidak menyebabkan sebarang kelewatan perjalanan. – AP