2 rakyat Israel terima balasan dunia

2 rakyat Israel terima balasan dunia

BAITULMAQDIS, 5 Feb – Dua rakyat Israel masing-masing dihukum penjara seumur hidup dan 21 tahun hari ini kerana membakar hidup-hidup seorang remaja Palestin pada tahun 2014. Hukuman itu dijatuhkan susulan gelombang insiden tikaman, tembakan dan rempuhan kereta oleh rakyat Palestin meletus Oktober tahun lalu termasuk serangan di sini semalam yang membunuh seorang anggota polis wanita.

Dua warga Israel itu adalah pesalah juvana ketika serangan kejam ketika mana mereka dan suspek ketiga menculik Mohammed Abu Khdeir, 16, dari sebatang jalan di timur bandar ini dan membunuhnya.

Tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara 21 tahun, termuda daripada tiga penjenayah dikatakan mengalami masalah mental, berada dalam kereta ketika Abu Khdeir dibunuh.

Peneroka haram Israel, Yosef Haim Ben-David, 31, dikatakan mengetuai serangan ke atas mangsa namun peguamnya berkata dia sakit mental dan tidak bertanggungjawab atas kesalahannya ketika itu.

Mahkamah mendapati tertuduh melakukan jenayah itu namun belum memutuskan jika dia terbukti sakit mental.

Dua tertuduh lain berusia 16 tahun ketika membunuh Abu Khdeir pada tahun 2014 namun kini sudah berusia 18 tahun. Mereka berasal daripada keluarga Yahudi ultra-Ortodoks.

Ibu Abu Khdeir, Suha, menjerit ketika hukuman diumumkan dalam bilik mahkamah yang penuh sesak. – AFP