2 reaktor nuklear Jepun lanjut operasi

2 reaktor nuklear Jepun lanjut operasi

TOKYO, 6 April – Dua reaktor nuklear yang masih berfungsi di Jepun boleh meneruskan operasi selepas sebuah mahkamah menolak rayuan oleh penduduk yang berkata peraturan keselamatan selepas bencana Fukushima 2011 adalah tidak mencukupi, operator mengesahkan hari ini.

Keputusan mahkamah merupakan satu kemenangan untuk Perdana Menteri Shinzo Abe, yang merancang mengembalikan tenaga nuklear, lima tahun selepas beberapa siri peleburan di loji Fukushima.

Krisis itu membawa kepada penutupan kesemua reaktor nuklear di negara itu, memaksa-nya beralih kepada bahan api fosil yang mahal. Mahkamah Tinggi Fukuoka cawangan Miyazaki di selatan pulau Kyushu memutuskan hari ini bahawa reaktor No 1 dan No 2 di kilang tenaga Sendai harus dibenarkan beroperasi, Rei Fujimoto, jurucakap untuk operator Kyushu Electric Power Co mengesahkan.

Jurucakap mahkamah enggan memberi komen.

Penduduk berkata Kyushu Electric telah menganggar kurang skala gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin melanda rantau dan mendakwa standard keselamatan kerajaan adalah tidak mencukupi. Mereka merancang merayu kes tersebut di Mahkamah Tinggi, lapor akhbar Jepun Jiji Press.

Peleburan Fukushima dicetuskan oleh tsunami berpunca daripada gempa bumi dengan magnitud 9.0 pada 11 Mac 2011. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA