2 restoran ditegur, kebersihan kurang memuaskan

2 restoran ditegur, kebersihan kurang memuaskan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Kebersihan yang kurang memuaskan dan saluran paip gas tempat memasak bocor adalah antara yang didapati semasa pemeriksaan mengejut yang dijalankan dalam Operasi Terjah 42 ke atas dua buah restoran di kawasan Gadong, baru-baru ini.

Pemeriksaan mengejut itu melibatkan 20 pegawai penguat kuasa yang diketuai oleh Unit Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Bahagian Kawalan Kualiti dan keselamatan Makanan di Jabatan Perkhidmatan Kesihatan.

Dalam pemeriksaan itu, pegawai-pegawai penguat kuasa turut mendapati lorong laluan di kaki lima digunakan sebagai tempat menyimpan barang, malah menggunakan garaj letak kereta sebagai tambahan restoran.

Selain itu, penyimpanan tong gas juga diletakkan di lorong laluan restoran hingga menjejaskan laluan di kawasan tersebut.

Salah sebuah restoran yang menjadi sasaran dalam Operasi Terjah 42.
Salah sebuah restoran yang menjadi sasaran dalam Operasi Terjah 42.

Turut didapati semasa pemeriksaan di bahagian dapur adalah kawasan dapur yang sangat tidak memuaskan dalam aspek kebersihan.

Sehubungan dengan itu, wakil pengurus restoran berkenaan telah diberi teguran dan diingatkan untuk mematuhi garis pandu dalam penyediaan kebersihan makanan dan aspek keselamatan dalam restoran.

ARTIKEL YANG SAMA