2 spesies musang terancam ditemui

2 spesies musang terancam ditemui

HO CHI MINH CITY, 20 Sept – Pihak pemuliharaan mendapati dua spesies Musang di kawasan tengah Vietnam disenaraikan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli (IUCN), Pusat Pemuliharaan Alam Viet berkata hari ini.

Melalui perangkap kamera, pemuliharaan Vietnam telah merakamkan adanya binatang di darat yang jarang ditemui dan berharga, Musang ‘Owston’s palm’ (Chrotogale owstoni) dan Musang besar-belang (Viverra megaspila), di hutan simpan Pemuliharaan alam semula jadi Phong Dien di wilayah Thua Thien Hue.

Musang besar-belang telah ditemui di kawasan alam semula jadi untuk kali pertama di Vietnam.

Pada bulan Jun, IUCN mengandaikan bahawa spesies musang mungkin telah pupus di Vietnam dan China. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA