2 suspek IS ditahan di lapangan terbang Istanbul

2 suspek IS ditahan di lapangan terbang Istanbul

ISTANBUL, 4 Julai – Dua anggota kumpulan jihad Islamic State (IS) yang disyaki telah ditahan di lapangan terbang Ataturk Istanbul, lapor agensi berita Dogan, kurang daripada seminggu selepas ia dilanda oleh serangan berani mati kali ketiga.

Dogan berkata dua suspek yang ditahan lewat kelmarin merupakan warga Kyrgyzstan, yang mengenal pasti mereka hanya dengan nama awal, K.V. dan F.M.I., masing-masing berusia 25 dan 35 tahun.

Polis menemui teropong malam dan pakaian stail tentera dalam bagasi mereka, menurut agensi, di samping dua pasport dengan nama lain.

Mereka telah disoal siasat oleh polis antipengganas di Istanbul. Ia masih tidak jelas sama ada mereka sedang meninggalkan atau tiba di lapa-ngan terbang.

Penahanan mereka itu muncul ketika 13 suspek, termasuk tiga warga asing, telah didakwa kelmarin berhubung serangan senjata dan bom berani mati pada 28 Jun di lapangan terbang yang membunuh 45 orang termasuk warga asing.

Para pegawai percaya kumpulan IS dalang di sebalik serangan itu, yang terburuk dalam siri serangan yang melanda bandar terbesar Turki tahun ini.

Keseluruhannya, polis telah menahan 29 orang ‘termasuk warga asing’ yang berkaitan dengan pembunuhan ramai di lapangan terbang, kata Perdana Menteri Binali Yildirim kelmarin. – AFP