2 suspek rogol ditangkap

2 suspek rogol ditangkap

NEW YORK, 11 Jan (Reuters) – Dua daripada lima lelaki yang disyaki merogol seorang wanita di taman permainan Brooklyn menyerah diri petang semalam, manakala dua lagi berjaya ditangkap dan seorang lagi masih bebas.

Empat suspek dalam tahanan berusia daripada 14 hingga 17 tahun dan pendakwaan masih belum selesai, menurut kenyataan polis.

Sabtu lalu, polis menyatakan suspek merogol gadis berusia 18 tahun secara bergilir-gilir di taman permainan sejurus jam 9.00 malam waktu tempatan Khamis lalu.

Seorang daripada mereka mengacukan senjata ke arah bapa mangsa dan mengarahkan beliau meninggalkan tempat itu.

Dalam kenyataan, polis berkata bapa mangsa mendekat kereta peronda polis untuk membuat laporan. Pegawai polis segera ke tempat kejadian tetapi suspek sudah melarikan diri.