2 tahun penjara akibat mahu bakar rumah

2 tahun penjara akibat mahu bakar rumah

Oleh Rafidah Jumat

 

pg08_160715_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Gara-gara mengugut mahu membakar rumah selain berdepan kesalahan memandu kereta secara berbahaya dan melakukan kerosakan pada kereta itu, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Haji Shahrul Alim bin Haji Sulaiman, 38, dijatuhi hukuman itu apabila mengaku salah atas tiga pertuduhan tersebut.

Dia didakwa membuat ugutan jenayah itu terhadap adiknya, 37, di rumahnya di Kampung Sungai Tilong pada 19 Jun 2016.

Ugutan dibuat tertuduh kerana kecewa apabila pembantu rumah dihantar pulang ke negara asal yang mana tertuduh melepaskan kekecewaannya dengan memandu kereta milik ayahnya secara berbahaya di kawasan Jalan Muara sehingga terbabas ke dalam longkang pada 20 Jun 2016.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan hukuman berkuat kuasa pada tarikh tertuduh mengaku bersalah iaitu 5 Julai 2016.

ARTIKEL YANG SAMA