2 tapak semaian diberi notis gempur Aedes

2 tapak semaian diberi notis gempur Aedes

SANDAKAN, 14 Jun (Bernama) – Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mengeluarkan dua notis terhadap dua tapak semaian dalam Ops Gempur Aedes di sini, hari ini.

Sebanyak enam tapak semaian diperiksa dalam operasi itu yang turut dijalankan serentak di seluruh negara. Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Ramash Rasnan berkata notis dikeluarkan sebagai arahan kerja di bawah Seksyen 8 Akta Pencegahan dan Kawalan Serangga-serangga Pem-bawa Penyakit 1975.

Beliau berkata jentik-jentik diambil di dua tapak semaian berkenaan untuk dianalisa. “Jika dikenal pasti jentik-jentik adalah Aedes, kita akan keluarkan kompaun,” katanya.

Menurutnya premis yang dikesan terdapat pembiakan jentik-jentik akan dikeluarkan notis selama tujuh hari untuk mengambil langkah pembersihan.

ARTIKEL YANG SAMA