2 telefon pintar jenama nubia mula dipasarkan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Telefon jenama nubia di bawah Syarikat China ZTE kini memasuki pasaran Negara Brunei Darussalam dengan pengumuman rasminya di Mobile World, Gadong, hari ini.

Bersama perasmian ini, dua model telefon pintar nubia turut diperkenalkan iaitu nubia M2 dan nubia M2 Lite dari kelas pertengahan dan dengan kuasa tertinggi.

Kedua-dua model ini mempunyai reka bentuk bergaya pada harga berpatutan yang menjadi sasaran nubia.

Dengan dikuasakan MediaTek Helio P10, RAM 4GB dan storan dalaman 32GB, nubia M2 Lite pasti dapat memuaskan hati pengguna ditambah lagi dengan skrin HD 5.5-inci yang melengkung 2.5D di sisi.

Telefon jenama nubia kini dipasarkan di Mobile World, Gadong.
Telefon jenama nubia kini dipasarkan di Mobile World, Gadong.

Telefon pintar ini juga disasarkan untuk peminat swafoto kerana dilengkapi kamera depan 16MP dengan apertur f/2.0 dan lensa sudut lebar di samping kamera belakang 13MP dengan apertur f/2.2. Selain itu, ia menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dan disokong bateri sebesar 3,000mAh.

Bagi yang berminat untuk mencuba sendiri telefon pintar nubia ini, mereka kini sedang mengadakan pameran khas di Perusahaan Mobile World, Gadong. Kesemua model telefon pintar nubia ini boleh mula dibeli menerusi pengedar sah nubia di Mobile World Gadong.