2 tempat di Turki dikenakan perintah berkurung

2 tempat di Turki dikenakan perintah berkurung

DIYARBAKIR, Turki, 13 Mac (AFP) – Turki hari ini mengendurkan perintah berkurung di sebahagian Diyarbakir, bandar utama di kawasan tenggara negara yang didominasi Kurdish, namun mengenakannya pada dua tempat berlainan sebagai permulaan bagi operasi tentera baru ke atas pemberontak.

Pasukan bersenjata Turki telah melancarkan serangan besar-besar yang berkontroversi ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sejak Disember, mengenakan perintah berkurung 24 jam di beberapa buah bandar dan kota di tenggara.

Bermula 8 pagi (0600 GMT) hari ini semua penduduk di bahagian daerah bersejarah Sur, Diyarbakir dibenarkan berada di jalan-jalan, tempat bangunan-bangunan habis musnah semasa dalam operasi, kata jurnalis AFP di bandar itu.

Di beberapa kawasan lain di Sur, laman warisan dunia UNESCO, masih lagi kekal dikenakan perintah berkurung untuk membenarkan pihak berkuasa ‘menangkap pengganas’ dan ‘menghapuskan bahan letupan dan jerangkap samar,” menurut gabenor tempatan.

Namun ketika sekatan dikurangkan di Diyarbakir, pihak berkuasa mengumumkan bandar-bandar Yuksekova, berhampiran sempadan Iran, dan Nusaybin, di sempadan bersama Syria, akan dikenakan perintah berkurung bermula malam ini untuk ‘memulihkan keselamatan dan peraturan’ selepas ‘kemunculan kegiatan pengganas’.

Ankara telah berikrar untuk menghapuskan PKK, yang dikelaskan sebagai organisasi pengganas oleh Turki dan sekutu Barat, dan mengatakan operasi ‘penghapusan’ di Yuksekova, Nusaybin dan Sirnak, sebuah bandar ketiga Kurdish, berada di ambang maut.

ARTIKEL YANG SAMA