2 tempatan ambil dadah didenda

2 tempatan ambil dadah didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Mahkamah Majistret, semalam, menjatuhkan denda ke atas dua warga tempatan berhubung kesalahan mengambil dadah.

Siti Hawa binti Mohamed dijatuhi denda $3,000 atas dua dakwaan mengambil dadah Methylamphetamine pada 20 Mac 2013 dan 30 April 2013.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh empat bulan kepada defendan untuk membayar denda itu, atau berdepan enam bulan penjara jika gagal membayar.

Sementara Mohammad Mardani bin Mohd Zainey dikenakan denda $1,500 atas dakwaan mengambil dadah Methylamphetamine pada 13 Julai 2014.

pg06_160222_mahkamah logo2

Dia diberi tempoh tiga bulan untuk membayar denda atau berdepan tiga bulan penjara.

Majistret Hajah Ervy turut memerintahkan kedua-dua defendan untuk menjalani ujian air kencing sebaik sebutan selesai.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Biro Kawalan Narkotik, Normahirah binti Rosli dan Ahmed Faez Anuar.

ARTIKEL YANG SAMA