2 tentera Turki terkorban dalam pertempuran dengan PKK

2 tentera Turki terkorban dalam pertempuran dengan PKK

ISTANBUL, 3 Mei (Agensi) – Militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bersenjatakan pelancar-pelancar roket dan senapang raifal menyerang pangkalan luar tentera di tenggara Turki, mencetuskan pertembungan di mana dua tentera Turki dan lima pejuang PKK terkorban, menurut pihak tentera hari ini.

Serangan itu dilancarkan di daerah Semdinli di wilayah Hakkari, yang bersempadankan Iraq dan Iran, terjadi pada jam 5:35 petang kelmarin, menurut keterangan tentera.

Ribuan militan dan ratusan ahli-ahli tentera keselamatan dan orang awam telah terkorban sejak konflik di antara PKK dan negara itu diteruskan pada Julai tahun lepas selepas gencatan senjata selama dua tahun setengah.

PKK, digelar sebagai kumpulan pengganas oleh Turki dan sekutu-sekutu baratnya, memulakan pemberontakannya pada 1984 dan lebih daripada 40,000 orang telah terkorban dalam konflik itu.

(Gambar fail) Militan PKK yang dilabelkan sebagai pengganas mengadakan latihan ketenteraan mereka. - AFP
(Gambar fail) Militan PKK yang dilabelkan sebagai pengganas mengadakan latihan ketenteraan mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA