2 terkorban dalam serangan pelampau

2 terkorban dalam serangan pelampau

MANILA, 28 Dis – Dua orang tentera terbunuh dalam serangan sebelum subuh oleh pelampau Islam di selatan Filipina yang dilanda konflik hari ini, menurut jurucakap tentera tempatan.

Gerila-gerila Abu Sayyaf telah melepaskan tembakan ke arah detasmen tentera di hutan berhampiran bandar Talipao di Pulau Jolo, yang mencetuskan pertempuran bersenjata selama 15 minit yang juga mengakibatkan seorang lagi tentera tercedera, menurut Mejar Filemon Tan.

Jolo diketahui sebagai kubu kuat Abu Sayyaf, sebuah kumpulan kecil yang terkenal dengan tindakannya menculik para pelancong asing dan serangan bom. Kumpulan itu baru-baru ini menjanjikan kesetiaan kepada kumpulan pejuang jihad Islam IS.

“Itu adalah serangan khianat. Mereka menggunakan kegelapan malam,” Tan memberitahu AFP.

Tidak jelas berapa ramai menyerang 20 orang anggota marin yang mengendali detasmen itu di kampung terpencil, Mapallam, menurutnya.

Pengawal keselamatan Filipina berdiri di hadapan sebuah menara kawalan lapangan terbang antarabangsa Manila, Filipina bagi langkah-langkah keselamatan.
Pengawal keselamatan Filipina berdiri di hadapan sebuah menara kawalan lapangan terbang antarabangsa Manila, Filipina bagi langkah-langkah keselamatan.

Serangan oleh kumpulan berasingan gerila-gerila di pulau selatan utama, Mindanao pada hari Krismas telah mengorbankan 10 orang awam, menurut pihak tentera.

Abu Sayyaf menahan dua orang pelancong warga Kanada dan seorang ahli perniagaan Norway yang diculik di selatan Filipina pada September lalu, bersama seorang pengkaji burung warga Belanda yan diculik pada tahun 2012. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA