2 tidak mengaku dakwaan cuba mencuri

2 tidak mengaku dakwaan cuba mencuri

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160908_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Sept – Dua lelaki yang berdepan dakwaan cuba untuk mencuri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohd Taha bin Haji Mat Zinin, 38, yang belum diketahui statusnya dan rakan sejenayahnya yang merupakan warga tempatan, Pengiran Mohd Kamal bin Pengiran Beswani berusia 41 tahun dituduh cuba mencuri dua bateri penjana kuasa milik LSL Sdn Bhd di Tapak Pembinaan Sungai Kedayan, pada 4 September 2016 sekitar jam 2 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Emeralda binti Pehin Dato Haji Abas mengemukakan pertuduhan ke atas tertuduh mengikut Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang dibaca bersama Seksyen 34 dan Seksyen 511 yang sama iaitu penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali. Timbalan Pendakwa Raya memohon untuk Mohd Taha dan Pengiran Mohd Kamal dibicarakan di mana dia akan memanggil empat orang saksi manakala kedua-dua tertuduh masing-masing mempunyai saksi pembelaan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 21 September untuk sebutan seterusnya, dan membenarkan tertuduh diikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan.

Gagal untuk mendapatkan penjamin, tertuduh diperintahkan untuk ditahan reman di Penjara Jerudong.

ARTIKEL YANG SAMA