2 tikam wanita di Tebing Barat, ditembak mati

2 tikam wanita di Tebing Barat, ditembak mati

BAITULMUQADDIS, 17 Mac (AFP) – Dua warga Palestin yang menikam seorang wanita Israel berhampiran sebuah kumpulan penempatan Yahudi di Tebing Barat yang diduduki hari ini, telah ditembak mati, kata tentera dalam gelombang keganasan yang baru.

Insiden itu berlaku di persimpangan Ariel di Tebing Barat. Wanita yang cedera itu telah dibawa ke hospital, sementara dua penyerang ditembak mati oleh pasukan tentera di tempat kejadian, menurut tentera Israel.

Sejak 1 Oktober, gelombang keganasan telah membunuh 196 warga Palestin, 28 warga Israel, dua Amerika dan seorang Eriteria dan Sudan, menurut kiraan AFP.