2 wanita didenda bawa masuk barang tegahan

2 wanita didenda bawa masuk barang tegahan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160929_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan denda ke atas dua wanita tempatan terhadap kesalahan membawa masuk beberapa karton rokok, minuman keras dan sayap ayam tanpa permit ke negara ini.

Marinah binti Haji Ahmad, 40, yang mengaku bersalah memiliki enam karton rokok dan tiga botol minuman keras dijatuhi denda $2,250 dan diberi tempoh sehingga 12 Januari 2017 oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid untuk membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan dua bulan penjara.

Sementara Nur Hidayah binti Abdullah, 43, dijatuhi denda $1,200 selepas mengaku bersalah memiliki tiga karton rokok dan dua kilogram sayap ayam. Dia diberi tempoh sehingga 26 Disember 2016 untuk membayar denda, dan jika gagal berdepan sebulan penjara.

Kedua-duanya yang menaiki kereta yang sama ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 8 Ogos 2016 kira-kira jam 10:28 malam.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai bertugas mendapati barangan tanpa permit itu disembunyikan di beberapa bahagian kereta yang dipandu Marinah.

ARTIKEL YANG SAMA