2 wanita dipenjara tinggal lebih tempoh

2 wanita dipenjara tinggal lebih tempoh

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Nov – Mahkamah Majistret telah menjatuhi hukuman penjara ke atas dua wanita Indonesia selepas mereka mengaku bersalah bagi kesalahan tinggal melebihi tempoh di Brunei Darussalam.

Siti Raodah, 34, dijatuhi empat bulan penjara dan denda $600 atau tambahan dua minggu penjara jika gagal membayar denda atas kesalahan memiliki pas kerja yang telah mansuh.

pg06_151113_mahkamah logo2

Manakala Yati, 43, dikenakan tiga bulan penjara dan denda $600 atau tambahan dua minggu penjara jika gagal membayar atas kesalahan memiliki pas melawat yang sudah mansuh. Fakta kes menyebut, defendan ditahan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen pada 10 November dalam serbuan yang dilakukan di asrama perempuan UNISSA di mana mereka bekerja sebagai pembersih.

ARTIKEL YANG SAMA