2 warga Jepun ditahan, disyaki mengintip

2 warga Jepun ditahan, disyaki mengintip

TOKYO, 11 Okt – Dua lagi warga Jepun telah ditahan di China kerana disyaki mengintip, membawa jumlah warga Jepun yang ditahan oleh pihak berkuasa China kerana mengintip kepada empat orang, kata laporan berita hari ini.

Seorang wanita Jepun dalam umur 50-an telahpun ditahan di Shanghai sejak Jun kerana terbabit dalam pengintipan ke atas negara itu, kata akhbar Mainichi Shimbun.

Wanita itu, yang mengendali sebuah sekolah bahasa Jepun di Tokyo, sering melawat China, kata Kyodo News, menambah tujuan lawatannya tidak diketahui.

Dalam perkembangan berasingan, seorang lagi warga Jepun dalam umur 60-an telah ditahan di Beijing atas dakwaan yang sama, kata Mainichi.

China berkata pada lewat September ia telah menahan dua rakyat Jepun kerana disyaki mengintip, satu tindakan yang mungkin menjejas hubungan yang telahpun tegang di antara dua ekonomi terbesar Asia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA