2 warga M’sia terus ditahan reman

2 warga M’sia terus ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan dua warga Malaysia yang berdepan dakwaan menipu untuk terus ditahan reman.

Wong Soon Teck dan Rannie Labu menghadapi pertuduhan menipu pengurus sebuah syarikat sewa kereta, dengan berpura-pura menjadi pelanggan yang berminat untuk menyewa kereta pada 2 Julai dan 31 Julai 2015.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Tertuduh diberkas pada 18 November 2016 di Miri oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei yang mengeluarkan waran tangkap di luar bidang kuasa ke atas mereka.

Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili memaklumkan mahkamah bahawa tertuduh telah menipu dengan berpura-pura untuk menyewa lebih daripada 40 buah kereta.

Timbalan Pendakwa Raya turut memohon untuk sebutan ditangguhkan sementara menunggu polis selesai menjalankan siasatan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 1 Disember untuk kes disebut semula.

ARTIKEL YANG SAMA