2 warga tempatan cedera lelaki sambung bicara 14 Nov ini

2 warga tempatan cedera lelaki sambung bicara 14 Nov ini

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Dua warga tempatan yang berdepan dakwaan mencederakan seorang lelaki telah dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, sementara menunggu siasatan dijalankan.

Kanafiah @ Jofree bin Japar, 50, dan Norazatul Amal Nazirah @ Norhafrini binti Norariffin, 20, didakwa mencederakan seorang lelaki di sebuah rumah di Jalan 2, Simpang 35, Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 2 November 2015.

Kanafiah berdepan dakwaan memukul belakang kepala mangsa menggunakan tin cat semburan dan menampar mukanya manakala Norazatul Amal didakwa berniat untuk menampar muka mangsa.

pg06_151109_mahkamah logo2

Majistret Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman membenarkan Kanafiah diikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan sementara Norazatul Amal diikat jamin $2,000 atau seorang penjamin tempatan, dan menetapkan 14 November untuk sebutan semula.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Zuraidah binti Haji Sidek.

ARTIKEL YANG SAMA