20 ahli baru dilantik PK Batang Mitus

20 ahli baru dilantik PK Batang Mitus

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 27 Sept – Seramai 20 orang ahli-ahli baru telah dilantik menjadi ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung bagi ahli Pengawasan Kejiranan Batang Mitus Lamunin yang diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, Tutong hari ini.

Hadir menyampaikan sijil kepada ahli-ahli baru dilantik ini ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, DSP Ramzi Hayatina bin Dato Seri Setia Ustaz Haji Ibrahim dan Penghulu Mukim Kiudang, Haji Abdul Rahim bin Abdullah Yakin selaku Pemangku Ketua Kampung Batang Mitus, Lamunin.

Sebelum penyampaian sijil, ahli-ahli PK telahpun diberikan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab mengenai Pengawasan Kejiranan yang antaranya bekerjasama dengan Pasukan Polis Diraja Brunei menjalankan operasi bersepadu bersama beberapa buah agensi kerajaan bagi mencegah kegiatan jenayah, membuat kerja-kerja kebajikan serta membantu penduduk kampung.

ARTIKEL YANG SAMA