20 bot pencari suaka diusir

20 bot pencari suaka diusir

SYDNEY, 6 Ogos – Australia hari ini mendedahkan bahawa 20 buat bot pencari suaka yang membawa 633 orang telah diarah berpatah balik sejak 2013 ketika ia memperingati setahun sejak ketibaan berjaya di bawah dasar imigresennya yang tidak bertolak ansur.

Kerajaan konservatif telah mengambil pendirian keras untuk menghalang pengaliran pendatang haram sejak mengambil alih pucuk pimpinan pada September 2013, dengan mengarahkan kapal berpatah balik pada bila-bila masa dalam operasi tentera.

Mereka yang tiba di daratan tidak diberikan penempatan tetap di Australia. Menteri Imigresen Peter Dutton berkata, bulan lalu menandakan setahun sejak sebuah bot yang membawa pencari suaka telah berjaya tiba di Australia, dengan 20 telah berpatah balik.

“Kalau tidak kami berdepan dengan 633 orang yang tiba dengan usaha itu,” katanya lagi.

Sebuah bot Vietnam adalah percubaan terbaru yang diketahui, dengan 46 orang pencari suaka warga Vietnam dipintas dan dihantar pulang pada bulan lalu.

Bot itu dilaporkan dilihat oleh sebuah kapal tangki minyak kira-kira 149 kilometer luar pesisir Dampier di negeri Australia Barat pada lewat Julai, dengan kerajaan enggan mengulas pada masa itu, dengan alasan keselamatan operasi.

“46 orang pada usaha baru-baru ini yang datang dari Vietnam dan kami telah merundingkan pengembalian mereka ke Vietnam,” Dutton memberitahu para pemberita tanpa mengatakan bila mereka dihantar balik ke negara Asia Tenggara. Dia juga tiak mendedahkan apa yang telah berlaku kepada mereka selepas mereka pulang ke tanah air mereka, hanya mengatakan mereka ‘telah selamat kembali.”

“Kami telah bekerjasama dua hala dengan kerajaan Vietnam. Bot yang mereka naiki telah dilubang tenggelamkan dan kami telah dapat memikirkan usaha itu dan hasilnya,” katanya lagi

Dutton menambah kata pengembalian pencari suaka itu telah dirundingkan ‘berdasarkan kes demi kes’ dengan pihak berkuasa Vietnam.

Canberra mempertahankan dasar kerasnya sebagai perlu selepas beribu-ribu orang tiba ketika di bawah kepimpinan kerajaan sebelumnya dan beratus-ratus telah mati lemas dalam perjalanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA