20 diraikan dalam majlis khatam

20 diraikan dalam majlis khatam

Oleh Hajah Saemah Kepli

KUALA BELAIT, 12 Feb – Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran berlangsung di Dewan Persinggahan Jalan Maulana di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Mat Yassin.

Majlis yang dihadiri sama para pegawai dan kakitangan jabatan tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Ali dan disusuli dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam Al-Quran dan bacaan doa khatam dibacakan oleh pegawai-pegawai Hal Ehwal Masjid Jamalul Alam Kuala Belait.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara penyampaian sijil-sijil penyertaan kepada para peserta Khatam Al-Quran yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Majlis Khatam Al-Quran Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.
Majlis Khatam Al-Quran Pegawai dan Kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Acara keagamaan ini merupakan aktiviti tahunan jabatan tersebut bagi meraikan para pegawai dan kakitangan yang telah menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran pada tahun ini.

ARTIKEL YANG SAMA