20 hadiri latihan pengadil pingpong

20 hadiri latihan pengadil pingpong

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Seramai 20 peserta pemain Asas Junior / Senior Pingpong menghadiri Latihan Pengadil bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Laihan berkenaan dijalankan oleh Jeny Koh – BDTTA Pengadil Antarabangsa yang bertujuan melahirkan pelapis pengadil masa depan negara.

Sementara itu mulai hari ini sehingga 13 September, BDTTA menganjurkan Belia Skim Kejohanan Pingpong Di Kompleks Sukan Mengelait.

Lebih 100 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Tujuan utama adalah untuk menggalakkan pemain junior menjadi lebih berpengetahuan dan berpengalaman dari segi teknik dan prosedur permainan.

Sesi bergambar ramai peserta pemain Asas Junior Senior Pingpong menghadiri Latihan Pengadil.
Sesi bergambar ramai peserta pemain Asas Junior Senior Pingpong menghadiri Latihan Pengadil.