20 ikuti kelas solekan

20 ikuti kelas solekan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 3 Jan – Seramai 20 orang telah mengikuti kelas solekan di Perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong Tiga, Seria, hari ini, yang menampilkan seorang jurusolek terkenal dalam bidang berkenaan di negara ini.

Dalam kelas berkenaan, Awang Mohd Azwandi bin Ibrahim yang mempunyai ribuan pengikut di aplikasi
Instagram, memberikan tunjuk ajar dengan lebih terperinci cara-cara menyolekkan pengantin.

“Pakej perkahwinan merupakan pakej yang paling popular dalam kalangan artis solekan
di sini kerana kebanyakan mereka diupah oleh pelanggan-pelanggan untuk menyolek bagi majlis-majlis perkahwinan,” kata beliau.

Menurutnya lagi, ada di antara mereka yang hadir mempunyai perniagaan solekan mereka sendiri dan dengan adanya kelas seperti ini akan mendatangkan faedah yang besar kepada cara solekan mereka kerana manfaatnya adalah solekan lebih cantik dan ceria terutamanya bagi para pengantin yang ingin kelihatan jelita dan menawan pada hari kebesaran mereka.

Awang Mohd Azwandi menunjukan cara-cara solekan yang betul.
Awang Mohd Azwandi menunjukan cara-cara solekan yang betul.
Awang Mohd Azwandi melihat salah seorang peserta menyolekkan model.
Awang Mohd Azwandi melihat salah seorang peserta menyolekkan model.

Dalam tunjuk ajar di kelas tersebut, Awang Mohd Azwandi juga menceritakan bagaimana beliau mula menceburi bidang solekan ini sejak umur 14 tahun lagi dan kini mempunyai sebuah butik sendiri bersama isterinya.

“Saya akan mencecah umur 28 tahun dan impian saya adalah untuk memberi pengalaman saya dalam bidang solekan agar artis-artis solekan di negara ini akan dapat mempelajari cara-cara menyolek yang lebih menyerlah,” beliau menyuarakan harapannya.

Beliau ketika ini juga merupakan tenaga pengajar di Sekolah Pendidikan Lanjutan dan mengajar dalam bidang ‘Advance Make-Up’.

Selain daripada pakej perkahwinan, beliau juga mengajar cara-cara solekan asas dan solekan bagi majlis-majlis lain seperti majlis korporat atau persendirian.

ARTIKEL YANG SAMA