$20 juta projek kuasa solar

$20 juta projek kuasa solar

NEW DELHI, 22 Jun (AFP) – SoftBank Jepun akan berganding bahu dengan Foxconn Taiwan dan Bharti Enterprises untuk melaburkan $20 juta pada projek kuasa solar di India, dalam usaha negara tersebut menaikkan sektor tenaga bersih, menurut syarikat-syarikat tersebut hari ini.

Pengendali telefon bimbit SoftBank berkata usaha tersebut bertujuan untuk menghasilkan kuasa 20 gigawatt melalui solar dan loji kuasa angin di seluruh India yang bergantung dengan arang batu, meningkatkan kapasiti 4.1 gigawatt pada masa kini.

Perdana Menteri India Narendra Modi berhasrat untuk mengembangkan tenaga bersih kepada 100 gigawatt menjelang 2022 bagi menangani isu bekalan elektrik India dan juga menyediakan bekalan elektrik kepada 300 juta orang yang sekarang ini belum mempunyai kuasa elektrik.

India sekarang sangat bergantung dengan loji arang batu bagi jumlah 60 peratus bekalan tenaga elektriknya.

Pengerusi Bharti Enterprises Sunil Bharti dalam satu sidang media di New Delhi yang akan berganding dengan syarikat SoftBank dan Foxconn bagi projek kuasa solar di India. – AFP
Pengerusi Bharti Enterprises Sunil Bharti dalam satu sidang media di New Delhi yang akan berganding dengan syarikat SoftBank dan Foxconn bagi projek kuasa solar di India. – AFP

“Dengan kerjasama ini, matlamat kami adalah untuk mewujudkan syarikat kuasa bersih dalam pasaran, untuk menjanakan India dengan sumber kuasa yang bersih dan boleh diperbaharui,” Pengasas jutawan SoftBank Masayoshi Son berkata dalam satu sidang media.

Son berkata syarikatnya akan menolong mengeluarkan kelengkapan solar di India untuk projek tersebut, dengan menambah SoftBank telah melaburkan $1 bilion di negara tersebut dalam sembilan bulan kebelakangan.

“Sinar matahari di India adalah dua kali ganda dari Jepun. Kos tempat, pekerja dan penyelenggaraan juga separuh dari Jepun, keberkesanan penghasilan kuasa solar akan menjadi empat kali ganda berbanding di Jepun,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA