20 kapal layar berlabuh di Sg. Brunei

20 kapal layar berlabuh di Sg. Brunei

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Sebanyak 20 kapal layar antarabangsa telah berlabuh di Sungai Brunei semalam sebagai sebahagian daripada pengalaman pelayaran unik di rantau ini.

Para pelayar yang berasal dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Denmark dan Kanada tiba di Brunei pada 22 Jun lalu melalui Kuala Belait Boat Club.

Kapal layar tersebut, yang mengikuti ‘Sail Malaysia Rally’, telah memulakan pelayaran mereka dari Langkawi dan akan mengadakan perjalanan ke seluruh Malaysia sebelum menuju ke destinasi akhir mereka di Sabah, Malaysia.

Pengurus kumpulan yang juga Pengarah Urusan Intrepid Management Services Sdn Bhd, Allan J. Riches, telah melihat beberapa potensi untuk meningkatkan pelancongan maritim di Negara Brunei Darussalam sebagai alternatif kepada produk pelancongan.

Menurut beliau, perbincangan sudah dilakukan, di mana pihak berkuasa yang berkenaan akan menjadi tuan rumah bagi program yang sama tahun depan, dan dengan demikian ia akan menjadi acara tahunan dengan bertambahnya ahli-ahli yang mengambil bahagian.

Para peserta terdiri daripada pelayar dari Australia, New Zealand, AS, Denmark dan Kanada tiba di Brunei pada 22 Jun bergambar ramai selepas menerima sijil penghargaan.
Para peserta terdiri daripada pelayar dari Australia, New Zealand, AS, Denmark dan Kanada tiba di Brunei pada 22 Jun bergambar ramai selepas menerima sijil penghargaan.

Allan memberitahu beberapa pelayar yang menyertai program tahun ini adalah penulis blog dan penulis daripada pelbagai majalah pelancongan.

“Semua artikel dan foto yang dikongsi akan membantu mempromosikan Brunei dengan lebih lanjut dan dengan perairan yang unik di peringkat antarabangsa dan dalam kalangan komuniti kapal layar. Ini mesti dipromosi dan dipamerkan sebagai satu lagi produk pelancongan yang Brunei boleh tawarkan,” katanya.

Dengan pengalaman lebih dari 15 tahun, Allan berkata terdapat banyak kawasan lain yang unik di perairan Brunei yang masih belum ditemui dan program itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai orang atau pelancong menggunakan bot untuk meneroka perairan.

Sepasang suami isteri, John Mills dan Pauline Densley ketika membawa wartawan Media Permata menyusuri Sungai Brunei menggunakan kapal layar mereka.
Sepasang suami isteri, John Mills dan Pauline Densley ketika membawa wartawan Media Permata menyusuri Sungai Brunei menggunakan kapal layar mereka.

pg13_160627_d

Allan J. Riches ketika majlis makan malam.
Allan J. Riches ketika majlis makan malam.

“Kami berharap untuk menjadi hos dalam banyak aktiviti dan aktiviti sampingan pada program tahun depan yang melibatkan masyarakat tempatan dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan tempatan,” jelas beliau lagi.

Kumpulan itu akan meninggalkan Brunei esok (27 Jun) dan akan meneruskan perjalanan ke Malaysia Timur, dan membuat perhentian di pulau dan bandar-bandar pantai popular di sepanjang perjalanan.

Bagi menyimpulkan program itu, semua peserta telah diberi sijil pada majlis makan malam penghargaan di Mangrove Paradise Resort malam tadi.

Para pelayar juga berterima kasih kepada Royal Brunei Yacht Club, Mangrove Paradise Resort, Bandtree Sdn Bhd Marina Mega Yacht Basin, dan Kuala Belait Boat Club atas layanan yang telah diberikan sejak keberadaan mereka selama enam hari di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA