20 korban tanah runtuh di Yaman

20 korban tanah runtuh di Yaman

SANAA, 23 Mei (AFP) – Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat telah berlaku di sebuah kampung di barat daya Yaman, yang mengorbankan kira-kira 20 orang, lapor media tempatan hari ini.

Berbelas-belas orang lagi cedera dan angka kematian mungkin meningkat ketika pasukan menyelamat dengan bersusah payah untuk sampai ke kampung Al-Lassbah di daerah pergunungan, wilayah Taez, lapor agensi berita Saba yang dikawal pemberontak.

Kawasan itu menerima turunan hujan lebat yang mengakibatkan keruntuhan batu besar yang menghempap banyak rumah,” lapor Saba yang memetik sumber tempatan.

Negara miskin selatan Semenanjung Arab itu kerap dilanda turunan hujan lebat yang mengakibatkan tanah runtuh dan banjir. Pada April lalu, 24 orang terbunuh di utara Yaman ekoran hujan lebat yang mengakibatkan empangan pecah.

ARTIKEL YANG SAMA