20 Marsyal Bomba tamat kursus

20 Marsyal Bomba tamat kursus

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Seramai 18 orang kakitangan Hongkiat Trading & Company dan dua kakitangan Primatel Communications, baru-baru ini, telah menyertai Kursus Marsyal Bomba bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Lapangan Terbang Lama.

Kursus tiga hari itu telah dikendalikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dayang Rozita binti Haji Mohd Kamis yang juga Penyelaras Kursus Marsyal Bomba bersama dua orang jurulatih bomba, Dayang Hartini binti Ismail, dan Dayang Saberiah binti Atum.

Sepanjang kursus, para peserta telah diberikan pendedahan dan tunjuk ajar mengenai kepentingan sebagai seorang marsyal bomba dalam sebuah syarikat di samping menyertai beberapa aktiviti seperti cara-cara pemindahan sebuah bangunan semasa kecemasan, memadamkan kebakaran kecil serta kemahiran untuk menyelamatkan mangsa yang cedera di tempat kejadian.

Para peserta bergambar ramai bersama sijil Kursus Marsyal Bomba.
Para peserta bergambar ramai bersama sijil Kursus Marsyal Bomba.

Para peserta juga diajar mengenai perbezaan jenis-jenis alat pemadam api dan fungsinya, serta cara betul untuk memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan selimut api.

Kursus diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Ketua Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Haji Ahmad bin Haji Mohd Daud.

ARTIKEL YANG SAMA