20 maut dalam letupan di bandar sempadan Turki

20 maut dalam letupan di bandar sempadan Turki

ANKARA, 20 Julai – Kira-kira 20 orang terbunuh hari ini dalam satu letupan yang berlaku di pusat kebudayaan di bandar Suruc, Turki berhampiran sempadan dengan Syria, lapor televisyen tempatan.

Punca letupan di bandar itu – yang terletak bertentangan dengan tempat berbahaya Kobane, Syria – adalah tidak jelas.

Namun para pegawai mengatakan ia mungkin dilakukan oleh seorang yang menggunakan bom berani mati dan beberapa pengomen mengatakan ia boleh jadi kerja militan Islamic State (IS).

Beberapa media Turki melaporkan kematian dan stesen televisyen swasta NTV mengatakan sekurang-kurangnya 20 orang telah terbunuh dan kira-kira 100 orang lagi cedera.

Para saksi mengatakan kebakaran meletus selepas letupan kuat memecahkan cermin di bangunan itu.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa orang terdampar di tanah dengan berlumuran darah dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.

Letupan itu muncul ketika Turki mempertingkatkan peranannya dalam memerangi kumpulan IS.

Minggu lepas, pasukan keselamatan telah menangkap berpuluh militan dan para simpati dalam tindakan penting oleh Ankara menentang kumpulan jihad yang telah merampas hampir keseluruhan kejiranan Iraq dan Syria sejak 2014.

Seorang pegawai kerajaan Turki mengesahkan kepada AFP bahawa letupan itu berlaku di kebun sebuah pusat kebudayaan di Suruc. – AFP