20 maut serangan di masjid

20 maut serangan di masjid

BEIRUT, 23 Jun (AFP) – Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, termasuk dua kanak-kanak apabila tentera rejim kerajaan melancarkan serangan bom ke atas sebuah masjid di Aleppo, utara Syria, hari ini.

“Serangan berlaku ketika jemaah sedang sembahyang Maghrib di sebuah masjid di daerah Ansari yang dikuasai puak pemberontak,” demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. Badan pemerhati itu berkata, serangan itu turut menyebabkan kira-kira 20 yang lain cedera.