20 murid belajar cara buat kek

20 murid belajar cara buat kek

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 5 Jun – Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1 melalui Blok Titipan Kasih Sekolah Rendah Keriam, baru-baru ini, telah mengadakan aktiviti cara-cara membuat kek sebagai salah satu aktiviti bulanannya.

Kira-kira 20 orang terdiri murid-murid berkeperluan khas, ibu bapa dan guru-guru telah menghadiri mengikuti aktiviti tersebut.

Dijemput untuk menunjukkan cara-cara membuat kek pada hari itu ialah salah seorang pengusaha kek secara online, Lyza De Clara.

Aktiviti cara-cara membuat kek cawan dijalankan di Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.
Aktiviti cara-cara membuat kek cawan dijalankan di Sekolah Rendah Keriam, Tutong 1.

Aktiviti yang melibatkan murid-murid berkeperluan khas, ibu bapa dan guru-guru itu memberi tunjuk ajar cara-cara membuat kek cawan Red Velvet yang bertujuan untuk mempelajari teknik-teknik membuat kek cawan yang mudah dan ringkas di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan ibu bapa.

Selain itu, aktiviti tersebut juga akan dapat mengembangkan minda dan keaktifan murid-murid berkeperluan khas, dan akan dapat memupuk minat mereka dalam membuat kek.

 

ARTIKEL YANG SAMA