20 pain darah berjaya dikumpulkan

20 pain darah berjaya dikumpulkan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Sebanyak 20 pain darah telah berjaya dikumpulkan melalui Kempen Derma Darah anjuran Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di masjid berkenaan, hari ini.

Kempen yang merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab sosial masjid berkenaan diadakan bermula dari jam 9 hingga 11 pagi dengan melibatkan penyertaan penduduk Kampung Batong.

Turut menyumbangkan darah ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Batong, Awang Rozaime bin Haji Bunal.

Beliau memberitahu bahawa kempen tersebut dianjurkan buat kali pertama dan sebagai usaha menambahkan lagi amal kebajikan yang sangat besar sekali gus membantu orang yang sangat memerlukan dan menjadikan kempen derma darah ini menjadi salah satu aktiviti tahunan bagi masjid berkenaan.

“Alhamdulillah, kempen ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Batong. Mudah-mudahan dengan apa yang dilakukan ini akan mendapat keredaan dan ganjaran Allah Subhanahu Wata\ʼala,” ujarnya lagi.

Sesi bergambar ramai bersama para penderma yang terdiri daripada penduduk Kampung Batong.
Sesi bergambar ramai bersama para penderma yang terdiri daripada penduduk Kampung Batong.
Antara penduduk Kampung Batong yang menyumbangkan darah semasa kempen tersebut.
Antara penduduk Kampung Batong yang menyumbangkan darah semasa kempen tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA