20 pegawai kanan ABDB dinaikkan pangkat

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), ABDB mengumumkan bahawa seramai 20 orang pegawai kanan ABDB telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat.

Sehubungan itu, upacara pemakaian pangkat telah berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini di mana hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan kenaikan pangkat berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohammad Tawih bin Abdullah.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pemerintah-pemerintah angkatan tentera, komandan-komandan, pengarah, pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB serta ahli-ahli keluarga pegawai-pegawai ABDB yang dinaikkan pangkat.

Di majlis berkenaan, tujuh orang pegawai kanan telah dinaikkan ke pangkat Kolonel Tetap / Kapten Tetap iaitu 312 Leftenan Kolonel Mohammad Ismaon bin Haji Zainie, 358 Leftenan Kolonel Pengiran Azmali bin Pengiran Haji Mohammad salleh, 359 Komander Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji, TLDB, 396 Leftenan Kolonel Khairil bin Haji Ismail, 398 Leftenan Kolonel Haji Damit bin Haji Bakar, 408 Komander Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit, TLDB dan 412 Leftenan Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin.

Sementara itu, seorang pegawai kanan dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel Tetap iaitu Pemangku Leftenan Kolonel Rani bin Bujang.

Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 312 Leftenan Kolonel Mohammad Ismaon di upacara yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, kelmarin.
Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih menyempurnakan pemakaian pangkat kepada 702 Leftenan Komander Rasman di upacara yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, kelmarin.
Di antara barisan pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat di upacara yang berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison, kelmarin.
ATAS & BAWAH: Di antara anggota keluarga para pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat ketika sesi bergambar ramai.

Manakala itu, seramai 12 orang pegawai kanan telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Leftenan Kolonel / Pemangku Komander iaitu 477 Mejar Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi, 486 Mejar (U) Johar bin Haji Abdullah, 506 Mejar Mohammad Suwardi Ariffin bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latif, 515 Mejar Azman bin Haji Peizan, 557 Mejar (U) Mohammed Hairy Erwandy bin Haji Raya, 587 Leftenan Komander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB, 592 Mejar (U) Pengiran Mohamed Khairul Arifin bin Pengiran Haji Mohammad Salleh, 593 Mejar (U) Sherpor Nezam bin Abdul Ghapor, 622 Mejar Alirudimi bin Haji Perudin, 683 Mejar Azlina binti Haji Muhammad, 693 Mejar Pengiran Mohammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Haji Tengah dan 702 Leftenan Komander Rasman bin Puteh, TLDB.

Kenaikan pangkat pegawai-pegawai ABDB adalah satu proses yang merupakan sebahagian daripada perkembangan kerjaya pegawai-pegawai. Para pegawai yang dinaikkan pangkat adalah mereka yang telah mencapai kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam polisi utama yang memandu perkembangan kerjaya di ABDB.

Antara lain kriteria-kriteria yang dimaksudkan termasuk rekod prestasi kerja dan disiplin yang baik, pemenuhan keperluan kursus, pemilikan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan tahap ketahanan jasmani serta kesihatan yang baik.