20 pekerja pakaian cedera trak terbalik

20 pekerja pakaian cedera trak terbalik

PHNOM PENH, 20 Nov – Sebuah trak pengangkutan pekerja kilang pakaian terbalik di wilayah Kampong Speu, barat laut Kemboja hari ini, mengakibatkan 20 orang pekerja cedera, menurut Kementerian Buruh dalam satu kenyataan hari ini.

Kemalangan terbaru berlaku lewat petang semalam apabila trak yang dipandu laju itu melanggar motosikal dalam arah yang sama sebelum terbalik di jalan raya.

“Seramai 20 pekerja cedera, lapan dalam keadaan serius,” menurut kenyataan itu, menambah bahawa para pekerja yang malang dikejarkan ke hospital sejurus selepas nahas.

Pemandu trak bagaimanapun melarikan diri dari kawasan kejadian.

Mengangkut pekerja kilang dalam trak terbuka dari dan ke kilang adalah lazim di negara Asia Tenggara ini. Awal bulan ini, sekitar 26 orang pekerja kilang pakaian juga cedera apabila trak mereka terbalik di wilayah Svay Rieng, di barat laut.

Industri pakaian bernilai AS$6.5 bilion dolar negara itu terdiri daripada 1,000 kilang, menggaji sekitar 750,000 pekerja. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA