20 pelajar Jepun kini di Brunei

20 pelajar Jepun kini di Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Seramai 20 orang penuntut bersama dua orang guru dari Sekolah Tinggi Murakami, Niigata, Jepun kini berada di negara ini sehingga 15 Mac di bawah rangka kerja Rangkaian Pertukaran Penuntut Jepun-Asia dan Belia 2015 (JENESYS 2015).

Lawatan selama seminggu itu antara lain bertujuan mempelajari mengenai masyarakat, sejarah, budaya dan alam semula jadi Brunei dan serta bertukar-tukar pandangan bersama penuntut-penuntut Brunei untuk memahami perhubungan antara Jepun dan Brunei Darussalam.

Di samping itu, mereka juga akan mengadakan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah, melihat aspek kebudayaan Brunei, selain membentangkan ekonomi, sejarah, budaya dan masyarakat Jepun kepada penuntut-penuntut Brunei.

Pelajar-pelajar Jepun bergambar ramai bersama.
Pelajar-pelajar Jepun bergambar ramai bersama.

Menurut kenyataan di sini, mereka juga berpeluang mendengar pembentangan daripada penuntut-penuntut Brunei dan saling bertukar pendapat bersama mereka, tinggal bersama keluarga-keluarga Brunei, mengunjungi syarikat-syarikat pelaburan oleh Jepun di Brunei.

Sekolah Tinggi Murakami adalah sebuah sekolah awam yang mengamalkan sistem integrasi terhadap sekolah menengah tinggi dan menengah rendah. Niigata berada di wilayah Chubu, merupakan bahagian utama Jepun yang terletak di sepanjang laut ke barat pesisir Jepun.

JENESYS 2015 adalah program pertukaran belia yang dilancarkan oleh kerajaan Jepun, untuk menggantikan JENESYS (2007-2011) dan JENESEYS2.0 (2013-2014).

Lebih daripada 1,020 penuntut Brunei telah menyertai program berkenaan sejak 2007.

ARTIKEL YANG SAMA