20 pelanggan bertuah Promosi Beli dan Menang

20 pelanggan bertuah Promosi Beli dan Menang

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Dengan kehadiran Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, gedung-gedung perniagaan lazimnya mengambil peluang untuk menarik lebih ramai pelanggan dengan mengadakan promosi besar-besaran menjelang hari yang meriah itu.

Dalam hubungan itu, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga tidak ketinggalan mengadakan promosi Beli dan Menang 2015 yang bermula 27 Jun lalu hingga 26 Julai bagi menggalakkan orang ramai untuk berkunjung serta membeli-belah di Kompleks Yayasan.

Sehubungan dengan itu, cabutan mingguan kedua bagi promosi berkenaan telah berlangsung di Ruang Legar, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Di majlis itu, seramai 20 pelanggan bertuah yang diundi lebih awal dipanggil untuk membuat cabutan bagi menentukan pemenang bagi lima hadiah utama.

Lima pelanggan bertuah berkenaan ialah Dayang Rusedah binti Osman membawa pulang sebuah televisyen LED Philips 40 inci, Dayang Nur Aziirah binti Mohd Yaakub memenangi Samsung Galaxy Tab 4, Awang Ramlee bin Haji Hassan memenangi Samsung Galaxy A3 Duos, Awang Mohd Faiz bin Amran memenangi Alcatel Idol X dan Dayang Nurina binti Kassim menerima ham-per barangan The Body Shop.

Haji Mohammad Rusdi bergambar ramai dengan para pemenang bagi cabutan mingguan kedua promosi itu.
Haji Mohammad Rusdi bergambar ramai dengan para pemenang bagi cabutan mingguan kedua promosi itu.
Haji Mohammad Rusdi menyampaikan hadiah utama berupa televisyen LED Philips 40 inci kepada Dayang Rusedah.
Haji Mohammad Rusdi menyampaikan hadiah utama berupa televisyen LED Philips 40 inci kepada Dayang Rusedah.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengurus Hartanah, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Mohammad Rusdi bin Haji Metusin.

Sementara itu, 15 orang pelanggan bertuah yang tidak memenangi hadiah utama, masing-masing membawa pulang baucar wang tunai dan hamper.

Dalam tempoh sebulan promosi itu dijalankan, dua kali cabutan mingguan diadakan bagi 20 orang pelanggan untuk memenangi hadiah keseluruhannya bernilai $2,500 dan Cabutan Hadiah Utama bagi 50 orang pelanggan untuk memenangi hadiah keseluruhannya bernilai $10,000, yang mana ia akan diadakan di penghujung Julai nanti.

Kedai-kedai di Kompleks Yayasan yang ikut serta dalam promosi itu ialah The Body Shop, CGS System, Bright World Optics, WYWY Enterprise, M.Citymas Jewellery, John Collection Enterprise, Hoon’s Collection, B.Foot Sdn Bhd, Ziznaa Enterprise, Maya Silk Emporium, Julia Laila Jewellery, Bit Computer Sdn Bhd, Fateena Enterprise, Photokis Express Service, Ochado, Wordzone Bookshop, Minimelts, OKVY Enterprise, Syarikat Veena’s, Coloroso Enterprise, Etude House, Chong Ein Hong Watch Dealer, KFC, Jollibee dan Hua Ho Department Store.