20 pelanggan ...

20 pelanggan KIA terpilih bagi cabutan akhir

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Seramai 20 pelanggan KIA terpilih dalam program cabutan awal promosi Ulang Tahun KIA ke-20 tahun yang diadakan di Bilik Pameran KIA, Beribi, di sini, pagi tadi.

Cabutan-cabutan itu disempurnakan oleh wakil-wakil perbankan iaitu Pegawai Jualan Baiduri Finance, Awang Mohammad Saabeq Chong bin Haji Mohd Zaini dan Pengurus Jualan Luar BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Mohamad Asmali bin Razali.

Para pelanggan yang terpilih akan dihubungi untuk mengikuti cabutan akhir promosi Ulang Tahun KIA ke-20 tahun pada 13 Januari ini nanti untuk mengetahui pelanggan mana yang akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Carnival 2.2L SX (A) CRDi.

Salah seorang wakil membuat cabutan undi bagi mencari 20 pelanggan bertuah mengikuti cabutan akhir Ulang Tahun KIA ke-20 tahun pada 13 Januari ini nanti.
Salah seorang wakil membuat cabutan undi bagi mencari 20 pelanggan bertuah mengikuti cabutan akhir Ulang Tahun KIA ke-20 tahun pada 13 Januari ini nanti.

Sebanyak 400 penyertaan dicatatkan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait untuk menyertai promosi itu yang mana pelanggan-pelanggan berkenaan telah membeli kereta jenama KIA dari 1 September hingga 31 Disember 2016 lalu.

Selain memenangi sebuah kereta jenama KIA, pelanggan-pelanggan terpilih itu akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah lain berupa produk Apple, Samsung dan tiket pelancongan ke Seoul, Korea Selatan untuk dua orang.

ARTIKEL YANG SAMA