20 pelanggan KIA terpilih sertai cabutan bertuah

20 pelanggan KIA terpilih sertai cabutan bertuah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Seramai 20 orang pelanggan setia KIA telah dipilih untuk menyertai cabutan bertuah utama untuk memenangi pelbagai hadiah menarik di bawah Program Pelanggan Setia KIA 2016 anjuran Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar utama jenama KIA di negara ini.

Para pelanggan berkenaan terpilih daripada 300 orang pelanggan dalam cabutan awal yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan KIA, Lambak Kanan, semalam.

Cabutan tersebut telah dibuat oleh Eksekutif Komersial (BMC/4) Brunei Shell Marketing Co Sdn Bhd, Awang Zainie Suhaili dan Pengurus Besar Syarikat Pemasaran Autotools, Krit Smuthkochorn.

Nama-nama pelanggan yang terpilih dalam cabutan itu ialah Dayang Rosita binti Zaidi, Dayang Sufinah binti Haji Tampoi, Awang Mohd Zaidi bin Sahad, Awang Muhd Nur Huzairi bin Juna, Lim Heng Kuan, Haji Awang Abas bin Haji Kassim, Mas Imran Rukmino bin DP Haji Abdul Wahab, Hajah Kamsini binti Haji Mohd Hussin, Awang @ Mohd bin Haji Tengah, Dayang Nur Hafizah binti Haji Mohd Zali, Lim Kok Cheng, Tan Chiew Seng, Awang Mohd Azrin bin Haji A.Magon/A.N.NOR, Tan Chong Wee, Chee Leong Ong, Dayang Liah binti Haji Badar, Awang Mohd Ariffin bin Haji Metussin, Lim Han Cheen, Awang Abdullah bin Mohd Tahir dan Awang Mohd Alila bin Haji Yussof.

Sesi bergambar ramai kakitangan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, Krit Smuthkochorn dan Awang Zainie Suhaili selepas cabutan awal dijalankan.
Sesi bergambar ramai kakitangan Syarikat Grand Motors Sdn Bhd, Krit Smuthkochorn dan Awang Zainie Suhaili selepas cabutan awal dijalankan.

Cabutan utama akan diadakan pada 30 Julai ini, jam 9:30 pagi di Pusat Perkhidmatan KIA, di mana dua pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi pakej pelancongan selama lima hari ke Korea yang termasuk tiket penerbangan, hotel, tempat penginapan dan destinasi pelancongan di Korea.

Selain itu, mereka juga akan turut dibawa untuk melawat Kilang Hwaseong dan Kilang Besi Hyundai.

Program yang berlangsung dari 1 Jun hingga 20 Julai berkenaan merupakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia KIA.

Menerusi program berkenaan, pelanggan yang membuat penyelenggaraan kereta KIA mereka tiga kali secara berterusan di bengkel rasmi KIA dan berbelanja lebih $100 untuk perkhidmatan penyelenggaraan atau pembaikan layak menyertai cabutan.

ARTIKEL YANG SAMA